|
| Menidakkan yang tidak, Mengiyakan yang benar. |
|
Saturday, December 31, 2005
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang." Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
Thursday, December 29, 2005
Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi Mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian)." Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?" Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu." Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahwa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu." Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini." Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali. "Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu." Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku." Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)." "Maka sucitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di masjidil haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah." Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Hai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persausaraanku denganmu." Sebaik saja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam aku bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah." Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?" Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkan-Nya semua itu kerana aku bersangka baik (zanku)kepada-Nya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat." Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengalami ajaran-ajarannya."
Wednesday, December 28, 2005
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu." Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28) Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali." Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Tuesday, December 27, 2005
Kerajaan Patani merupakan sebuah kerajaan awal di Tanah Melayu yang merangkumi wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat kini. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban. Dengan itu, sistem pemerintahan Kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan sermeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani. Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu -Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di wilayah Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom. Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu. Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti. Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan. Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941. Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu-Siam. Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam. Selepas Persidangan Songkhla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.
Sunday, December 11, 2005
KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi. TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini. LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh). KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal. PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir. ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda? CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail. TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanan nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal - kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).! Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....
Saturday, December 10, 2005
Saudara dan saudari yang dihormati, Sudah lama saya memerhati dari jauh isu tahanan wanita bogel oleh anggota polis ini. Negara telah dikejutkan dengan dakwaan beberapa wanita China dianiaya oleh pihak polis. Ekoran daripada ini berbagai-bagai pihak telah mengkritik polis termasuk akhbar, pemimpin-pemimpin politik & badan NGO. Sayugia diingatkan ini adalah pendapat saya sebagai seorang pegawai kanan. Pertama yang ingin saya ulas, sebagai seorang pegawai kanan polis, saya berpendapat (dan ramai lagi di luar sana), isu wanita bogel dalam tahanan polis ini (tidak kira samada tahanan itu berbangsa Malaysia ataupun tidak) adalah satu isu yang diprovokasi oleh sesetengah pihak yang kononnya ingin memperjuangkan hak asasi manusia. Tetapi mereka yang kononnya memperjuangkan isu ini sebenarnya tidak tahu prosedur-prosedur pegawai penguatkuasa dalam menjalankan pemeriksaan ke atas tahanan dalam lokap. Apa yang mereka tahu adalah mengatakan perlakuan polis melanggar hak asasi manusia dan menghentam pihak polis habis-habisan tanpa usul periksa. Sudah tentu akhbar, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO akan memperkatakan keburukan pihak polis - mengambil peluang memperbesarkan-besarkan hal ini sehingga dapat dihidu oleh masyarakat antarabangsa. Percayalah apabila saya kata, anggota polis di luar negara lebih 'daring' perlakuannya dibandingkan dengan polis Malaysia. Cuba lihat bagaimana polis di luar negara melayan tahanan-tahanan. Sesungguhnya polis Malaysia sentiasa mengikut prosedur dalam melayan tahanan. Untuk Rozmal Malakan (http://waghih.blogspot.com/), blognya yang bertarikh 25/11/05 dirujuk. Blognya berbunyi, "Apakah penjara Malaysia ini bakal mewarisi penjara Abu Gharib atau penjara Guantanamo ? Atau apakah kes tahanan didera dengan arus elektrik, tahanan dibogelkan seperti yang dilaporkan dalam media akhir-akhir ini adalah merupakan kes terpencil sahaja?" Jawapan saya, penjara di Malaysia tidaklah seteruk penjara-penjara yang disebutkan oleh saudara Rozmal. Kes-kes tahanan didera seperti yang dilaporkan oleh media adalah merupakan kes terpencil. Ingin saya nyatakan di sini, prosedur memeriksa tahanan dilakukan di mana-mana negara. Apabila tahanan diperiksa seluruh badan, tahanan akan diminta untuk menanggalkan pakaian supaya full body search dapat dibuat. Terdapat kes-kes di mana ada tahanan yang menyembunyikan dadah dalam rektum dan vagina. Sekiranya tidak diperiksa, sila beritahu saya apakah cadangan-cadangan anda bagaimanakah cara body search terbaik? Memanggil doktor perubatan yang bertauliah untuk memeriksa anggota sulit tahanan? Terlalu banyak pihak pihak yang 'melompat' mengenai isu tahanan wanita bogel ini. Sehingga sekarang kita tidak pasti samada wanita Cina yang bogel itu adalah rakyat tempatan ataupun rakyat China. Tetapi media seolah-olah menutup sebelah mata dan melaporkan wanita bogel dalam tahanan itu datang dari China. Sehingga siasatan lanjut dapat dibuat, kita hanya dapat tunggu dan lihat. Sesungguhnya saya menyokong tindakan Datuk Seri Musa Hassan (Timbalan Ketua Polis Negara) dalam mencari siapakah yang membuat rakaman video itu kerana dialah sebenarnya petualang. Orang yang merakam video itulah yang dikatakan, "Harapkan pagar, pagar makan padi." Anggota polis wanita yang terbabit dalam video itu (yang mengarahkan ketuk-ketampi) sekadar menjalankan prosedur dalam melaksanakan tugas body search tersebut. Adakah kita lihat anggota polis wanita itu menyentuh atau cuba mencederakan tahanan wanita bogel itu? Jawapannya tidak. Bak kata Datuk Mohammed Alias (bekas Duta Malaysia ke Nigeria) dalam Utusan Malaysia, "Sesungguhnya polis Malaysia tidaklah seganas polis negara-negara lain. Hukuman ketuk-ketampi adalah lebih baik daripada tubuh yang lesu disarangi peluru hingga 50-60 das." Apakah kesilapan polis dalam rakaman video wanita bogel dalam tahanan polis tersebut? Kesilapan yang nyata dalam kes wanita bogel dalam tahanan adalah penggunaan telefon bimbit berkamera dalam kawasan lokap. Penggunaan telefon bimbit adalah sama-sekali dilarang dalam lokap. Kesilapan kedua ialah anggota polis wanita yang melakukan body search itu perlu memastikan pemeriksaan dibuat dalam tempat yang tertutup, serta tiada anggota lain di kawasan itu. Apabila bercakap tentang kehormatan seseorang tahanan, pemeriksaan haruslah dibuat antara tahanan tersebut dengan anggota polis terlibat baik lelaki ataupun perempuan. Tahanan wanita diperiksa oleh anggota polis wanita, lelaki oleh lelaki. Menjatuhkan maruah seseorang adalah dilarang, maka pemeriksaan harus dilakukan dalam privasi. Janganlah kita bertindak melulu menghentam polis tanpa usul-periksa. Pihak media, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO berhak mengkritik polis tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah sampai pihak polis yang berhempas-pulas memastikan negara aman hilang semangat dalam menjalankan tugas mereka. Sejarah membuktikan beberapa buah negara menjadi kucar-kacir dan kerajaan terguling apabila pihak polis hilang semangat dalam tugas. Ada sahaja isu yang tidak kena dengan polis sehinggakan apa yang mereka buat akan terpampang di dada akhbar. Keburukan yang dilakukan oleh sekelompok polis akan mendapat liputan meluas media manakala jasa polis menghapuskan penjenayah dipandang sebelah mata. Ahli-ahli politik mana yang memperjuangkan pihak polis apabila ada di kalangan polis yang terbunuh dalam menjalankan tugas mereka? Sedarkah anda semua pihak polis bertungkus-lumus menjalankan tugas & amanah rakyat dibandingkan dengan pekerja-pekerja kerajaan di jabatan lain? Beban kerja anggota polis adalah berat. Rakyat Malaysia semakin hari semakin bertambah, anggota polis pula jumlahnya masih di takuk lama. Sedarkah ratio untuk seorang anggota polis perlu menjaga lebih daripada 1000 orang awam (1:1000) atau lebih di bandar-bandar besar sedangkan Interpol mencadangkan 1 anggota polis untuk 250 orang (1:250). Untuk mengalaminya, saya cadangkan mereka yang berada di luar sana (terutama yang suka menghentam polis) supaya cuba duduk di tempat ini dan merasainya. In order to feel the pressure of being a police officer, you must first experience it. To not being able to see your families, not able to go home - how is that for sacrifice to the country? Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat negara ini berhak menyoal tentang dasar-dasar kerajaan. Tetapi setiap tuduhan & dakwaan hendaklah berasas dan mempunyai bukti. Mengkritik polis tanpa memahami tugas-tugas dan prosedur yang mesti merka laksanakan bukanlah sesuatu yang adil. Saya berasa amat sedih jika isu wanita bogel ini dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan polis dan kerajaan. Tetapi itulah yang saya rasa. There are some people out there who is taking opportunity out of this situation. They are what I call opportunist. Banyak isu lain yang boleh dikupas. Mengapa ada pihak yang tidak mempersoalkan hak asasi warganegara Malaysia yang diganggu oleh orang asing? Mengapa kita tidak memperkatakan tentang jenayah yang dilakukan oleh rakyat asing yang datang ke Malaysia? Apa yang dilihat rakyat di luar negara yang datang ke sini berani melakukan jenayah di negara kita kerana tiada pihak yang akan bersuara tentang jenayah itu, tetapi isu yang akan diperbesarkan adalah tindakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa. Seperti apa yang berlaku sekarang. Saya harap kedaulatan negara kita tidak dipijak-pijak oleh orang asing dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di Malaysia. Saya bimbang ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda yang lebih besar atas dasar hak asasi manusia, menggunakan isu hak asasi manusia untuk mengabui mata masyarakat seperti apa yang berlaku sekarang ini. Adakah para pembaca dapat memahami isu di sebaliknya? Always read between the fine lines. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan rapi dalam kes tahanan wanita bogel ini. Justice will prevail. For now, we just wait for the outcome of the case. Kenanglah jasa pihak polis. Mereka berhak dikritik, tetapi mereka juga berhak disanjung tinggi kerana mereka berjuang demi keamanan negara. Terima kasih. ASP Annuar Amri Datuk Abd Muluf, Penang.
Friday, December 09, 2005
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan tetamu tetapku. "Assalamualaikum", seru Subuh. "Wa'alaikumsalam", sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat. "Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu. "Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. "Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuh! ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. "Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu". Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. "Assalamualaikum", seru Subuh. "Waalaikumsalam", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan. Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Namun Jawapannya. tersirat dalam diri kita sendiri. "sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak baik itu adalah kelemahan diri kita sendiri.." "Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh Permasalahan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Thursday, December 08, 2005
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan : "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu: "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Saturday, December 03, 2005
This is is very useful information. Please pass it on to your friends and family, especially the women folk! The next time you are stopped by persons who claimed they are plainclothes police, you are under no obligation to answer their questions or follow their orders, lawyers told Malaysiakini today. "Policeman who is not wearing his uniform does not have the authority to stop anyone," lawyer and human rights activist Sivarasa Rasiah said. Sivarasa was commenting on the alleged gang-rape of an 18-year-old Uni student by four men claiming to be police officers on New Year's Eve. The girl said that her car was stopped in Taman Tun Dr Ismail in Kuala Lumpur and were asked by the men to open the car bonnet. She was then told that she had committed an offence and ordered to follow the men to a police station. The girl was driven in her car along the North-South expressway to the Tapah-Cameron Highlands road before she was raped in an oil palm estate. This incident, and many others, have sparked confusion over the procedures which motorists must follow when flagged down by the police. The most common problem is that most people take instructions without determining if the other person is really a cop," lawyer Annie Santiago said. However, if you are stopped by a uniformed policeman, then you are required to stop. But you need not get out of the car because you are not expected to do so, Santiago said. He other rule to follow is to provide your identity card only when you are asked to do so. "Even then, you should get his ID first to confirm if he is a cop. There is no harm in calling the relevant police station to verify if he is supposed to be on duty that day," Sivarasa said. Both lawyers said that motorists should never follow an officer to the police station unless one is under arrest. "If you are not sure, and your instincts tell you that something is wrong, then drive off to the nearest police station and lodge a report," Sivarasa said. In response to the alleged gang-rape of the 18-year-old, Women's Aid Organisation executive-secretary Ivy Josiah called on the police to launch an education program to teach the public about their rights to prevent them from being victimised by bogus police officers. Procedures to follow in the event you are stopped by uniformed police Officers while driving. a. Stop the car and wind down your window a little bit enough for you to make conversation with the "Police Officer". b. If the "police officers" ask for your documents, request to see their IDs first. c. If you are satisfied about their identity, ask them if you are being summoned, and for what offence. d. Produce your identity card and driver's license and wait to collect your summon ticket. In the event that the police officers ask you to follow them to the police station: a. Ask if you are under arrest and for what offence. b. If you are not under arrest, you have the right to leave. In the event you are flagged down by persons you believe could be plainclothes police: a. Do not stop because plainclothes police officers do not have the authority to stop you. b. Drive to the nearest police station and lodge a report. (The same procedure applies to pedestrians) In the event the police come to your house: a. Do not let them in before checking their IDs. b. If you are not satisfied, phone the nearest police station and confirm if they had been sent to your house. c. You are under no obligation to allow them into the house if they don't have a search warrant. d. Do not go with them if you are not under arrest. In the event persons who claimed to be plainclothes police come to your house: a. Do not let him in because they do not have the authority to do so. b. Lodge a report at the nearest police station. CALL THE COPS: a. IPK KUALA LUMPUR: 03 - 2076 0522 b. AMPANG: 03 - 4252 2222 c. BRICKFIELDS 03 - 2274 2222 d. CHERAS: 03 - 9284 2222 e. DANG WANGI: 03 - 2070 2222 f. KL TRAFFIC POLICE: 03 - 2072 9044 g. IPK SELANGOR: 03 - 5514 5222 h. HOTLINE: 03 - 5510 2999 i. PETALING JAYA: 03 - 7956 2222 j. SHAH ALAM: 03 - 5510 2222 k. KLANG: 03 - 3371 2222 l. HULU LANGAT: 03 - 8736 2222 m. HULU SELANGOR: 03 - 6064 1222 n. KUALA LANGAT: 03 - 318 7222 o. KUALA SELANGOR: 03 - 3289 1222 p. GOMBAK: 03 - 6092 6222 q. SABAK BERNAM: 03 - 3224 2222 r. SEPANG: 03 - 3142 1222 s. KLIA: 03 - 8787 2222
|
![]() Biodata Fiqarash T.A 24 tahun Miri, Sarawak Setapak, Kuala Lumpur B.A Sains Sosial Major: Pengajian Antarabangsa Minor: Linguistik Melayu Universiti Malaya Lembah Pantai, KL M.A. in International Relations Yale University New Haven, US
Fanatik
Geng MI 1&2
Forum Bluehyppo Kreees Nickxander Izadsyah Mirs Giggles Seni MI Doden Fan Site
Ulasan MI 2
Workshop 1 Workshop 2 Workshop 3 Wildcards Wildcards Show Keputusan Wildcards Top 11 MI = Melayu Idol? Spectaculars 1 Keputusan SS 1 Spectaculars 2 keputusan SS 2 Spectaculars 3 Keputusan SS 3 Spectaculars 4 Keputusan SS 4 Spectaculars 5 Keputusan SS 5 Specraculars 6 Keputusan SS 6
Arkib Sebulan
09/01/2003 - 10/01/2003
11/01/2003 - 12/01/2003
12/01/2003 - 01/01/2004
01/01/2004 - 02/01/2004
02/01/2004 - 03/01/2004
03/01/2004 - 04/01/2004
04/01/2004 - 05/01/2004
05/01/2004 - 06/01/2004
06/01/2004 - 07/01/2004
07/01/2004 - 08/01/2004
08/01/2004 - 09/01/2004
09/01/2004 - 10/01/2004
10/01/2004 - 11/01/2004
01/01/2005 - 02/01/2005
03/01/2005 - 04/01/2005
04/01/2005 - 05/01/2005
05/01/2005 - 06/01/2005
07/01/2005 - 08/01/2005
08/01/2005 - 09/01/2005
09/01/2005 - 10/01/2005
10/01/2005 - 11/01/2005
12/01/2005 - 01/01/2006
01/01/2006 - 02/01/2006
09/01/2006 - 10/01/2006
Menarik
Ummah Darulnuman Malaysiakini Suara Malaysia Agenda Daily Tranungkite Aliran Kompas Suaram Maha Zalim Mat Drug Gempur Daily Idealis Mahasiswa Umno Reform Pas Harakah Mimbar Rusila Nik Nazmi
Rakan Blog
Messenger
Shoutbox
Kredit
Blogger online |